1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih yaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang yaituu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci yaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat yaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
6.
Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa
yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang
kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang
baik.
7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha
Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa yaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9.
Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan
Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala
perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
10.
Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran yaitu
yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan
dan kemegahanNya.
11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
12.
Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan,
iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13.
Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk,
memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan
lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal
mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah
mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah
yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
15.
Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam
kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah yaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17.
Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki yaitu
memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka yaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19.
Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui yaitu mengetahui segala yang
maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
20.
Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha
Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa
yang dikehendaki olehNya.
21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha
Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan
terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22.
AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha
Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan
akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan
seksaan.
23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi
yaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana
usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24.
Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi
Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada
agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.
25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan yaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.
27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.
28.
Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili yaitu sebagai hakim
yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak
keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi
kelangsungan hukumNya itu.
29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30.
Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut
serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar,
pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.
32.
Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba,
iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh
memberikan siksaan.
33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu
mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan
segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
36.
Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia,
iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin
digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh
otak yang bagaimanapun pandainya.
37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
38.
Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara,
iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga
menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan
disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan, baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40.
Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung
yaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada
hari Qiamat.
41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur yaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
42.
Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah yaitu mulia tanpa had dan memberi
siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
43.
Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada yaitu
yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan yaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
45.
Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya yaitu kerahmatanNya
merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala
sesuatu.
46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana yaitu memiliki
kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya
dalam membuat segala sesuatu.
47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha
Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan
untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam
segala hal dan keadaan.
48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia yaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
49.
Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan yaitu membangkitkan semangat
dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah
mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.
50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51. Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
52.
Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara
penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa
yang menjadi keperluan mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan yaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
54.
Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha
Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di
puncaknya.
55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi yaitu
melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana
kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak
terbatas pada keperluan mereka.
56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
57.
Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang
tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan
diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58. Al-Mubdi’: ( المبدئ )
Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan
sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59. Al-Mu’iid: (
المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu
menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan yaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan yaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup yaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63.
Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya yaitu baik
ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain
Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
64. Al-Waajid:
( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan yaitu dapat menemukan apa saja
yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun
kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.
65. Al-Maajid: ( الماجد )
Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam
bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65
A1-Maajid).
66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.
68.
Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi
Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada
hajat keperluan.
69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya.
70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.
71.
Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera yaitu
mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau
dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
72.
Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha
Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian
sesuatu dari yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan / Maha Pertama yaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir yaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
75.
Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan yaitu
menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan
tanda-tanda ciptaanNya.
76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi
yaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat
mengenal ZatNya itu.
77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai /
Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala
sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi yaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.
79.
Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) /
Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar
kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha
Penerima Taubat yaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang
melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81.
Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada
mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82.
Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan
kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
84.
Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai
kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang
berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam
semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
85.
Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan
Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang
mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang
amat banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha
Mengadili / Maha Saksama yaitu memberikan kemenangan pada orang-orang
yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan
keadilanNya.
87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha
Pengumpul yaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai
dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
88.
Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap
yaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri,
tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
89.
Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan
Memakmurkan yaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang
berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan
hamba-hambaNya.
90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha
Menolak / Maha Pencegah yaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan
menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91. Adh-Dhaar: (
الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi
bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya.
92.
An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan
yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
93.
An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu
menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan
menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( الهادى )
Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk yaitu
memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya
dan terjaga kehidupannya.
95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah /
Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan
yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris yaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
98.
Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana /
Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi
penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu
berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan
kecendekiawanNya.
99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang
tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan
sesuatu sebelum masanya.